Ahad, 21 Ogos 2011

RAMADHAN ALMUBARAK


Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua warga SMK Dato Onn. Ramadhan telah memasuki fasa akhir. Untuk pengetahuan pelajar sekelian ramai yang beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang misikin. Diharapkan dengan itu timbul rasa simpati dan empeti terhadap mereka. Anggapan ini kurang tepat walaupun ada benarnya. Justeru, jika benarlah itu tujuan utama berpuasa, mengapa oang miskin yang selalu kelaparan itu pun masih diwajikan berpuasa?

Bukankah mereka sudah biasa merasai kelaparan? Ikut loginyanya biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang diwajibkan berpuasa. Namun, ia tidak begitu. Orang kaya dan miskin sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini menunjukkan ada tujuan lain yang lebih utama di sebalik rasa "lapar" semasa berpuasa. Amat beasr bezanya berlapar kerana Allah (semasa berpuasa) dengan berlapar kerana tidak ada makanan untuk dimakan. Lapar kerana kesempitan hidup sangat jauh bezanya dengan lapar kerana berpuasa.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam berlapar hanya kerana Allah semata-mata. Ini kerana melalui ibadah puasa Allah melatih kita untuk menjadi bertakqwa. Renung-renungkan dan teruskan beramal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan